Sample Page Title

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 18,000 biji pil yaba serta 0.3 liter air ketum dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM180,000, dalam serbuan di pekarangan sebuah stesen minyak di Jalan Hamzah, di sini, awal pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan turut memberkas dua lelaki yang juga penganggur berusia 24 dan 49 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata terdahulu polis menahan sebuah kereta jenis Hyundai yang dipandu lelaki berumur 24 tahun.

“Hasil pemeriksaan di ruangan hadapan menemui satu bungkusan plastik berisi tiga bungkusan kertas yang mengandungi pil disyaki yaba dan satu botol cecair dipercayai ketum.

“Polis kemudian merampas 18,000 biji pil yaba dan 0.3 liter air ketum itu yang dianggarkan bernilai RM180,010, manakala kereta Hyundai bernilai RM9,000, wang tunai RM523 dan seutas jam tangan bertulis ‘Rolex’ bernilai RM250 disita mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Susulan itu, Muhamad Zaki berkata, polis memberkas seorang lelaki berusia 49 tahun di lokasi sama pada jam 2.45 pagi, namun tiada rampasan barangan daripadanya.


Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua lelaki itu didapati mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dan mereka direman tujuh hari bermula semalam hingga 10 November ini bagi membantu siasatan.

“Walaupun kini musim pilihan raya, polis akan terus memantau dan bertugas untuk membanteras kegiatan jenayah.

“Polis Kelantan akan terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri ini, dan berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...