• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Halang Penyokong Parti Politik Guna Dron, Alat Muzik

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Halang Penyokong Parti Politik Guna Dron, Alat Muzik
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan penyokong parti politik ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesalahan cubaan menerbangkan dron dikesan di pusat penamaan calon di Rantau Panjang manakala bermain alat muzik di Kuala Krai.

Menurut beliau, sebaik menyedari kejadian itu, polis mengarahkan individu terbabit menurunkan dron kerana menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Kesalahan bermain alat muzik pula dikesan semasa penyokong mengiringi calon ke pusat penamaan calon. Mungkin mereka tidak mengetahui peraturan dan polis telah menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, seramai 2,301 pegawai dan anggota polis termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara bertugas memantau dan membuat kawalan di semua pusat penamaan calon di 14 Parlimen di negeri ini hari ini.

Katanya, tiada sebarang insiden kekecohan sepanjang proses penamaan calon dan hanya dua kesalahan iaitu menerbangkan dron dan bermain alat muzik dikesan.

Beliau kemudian mengingatkan calon yang bertanding pada PRU15 agar memohon permit polis untuk mengadakan ceramah semasa berkempen.

UtusanOnline-

Tags: halangpolisPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd