• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Tanding 169 Kerusi Parlimen, 116 Kerusi DUN Pada PRU-15

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Tanding 169 Kerusi Parlimen, 116 Kerusi DUN Pada PRU-15
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini malam ini.

Muhyiddin berkata, bagi peringkat Parlimen, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi; Pas (64 kerusi); Gerakan (20 kerusi) dan Bersekutu (11 kerusi).

Bagi kawasan DUN pula, Pas akan bertanding di 57 kerusi, Gerakan (14), Bersatu (41) dan Bersekutu (empat) di Pahang, Perak serta Perlis.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau hanya mengumumkan calon bertanding di Parlimen bagi semua negeri kecuali di Kelantan; Terengganu; Arau, Perlis dan Lubok Antu, Sarawak yang akan diumumkan Pas dalam masa terdekat.

PN adalah gabungan daripada lima parti politik iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Dalam pengumuman itu, Muhyiddin turut mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tambun.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula akan mempertahankan kerusi Larut yang disandangnya.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula akan mempertahankan kerusi Gombak, manakala Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin akan bertanding di Putrajaya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Harun tidak mempertahankan kerusi Titiwangsa sebaliknya akan bertanding di Sepang.

Sementara, Datuk Seri Kamaruddin Jaafar pula mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak dan bakal menentang Pengerusi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Naib Pengerusi Bersatu Srikandi Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan mempertahankan kerusi parlimen Masjid Tanah.

Di Ampang, kerusi itu yang sebelum ini disandang Datuk Seri Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan digantikan dengan Sasha Lyna Abdul Latif.

Sementara itu, Datuk Ahmad Hamzah yang mengumumkan keluar dari Bersatu akan digantikan Zulkifli Ismail dari Pas.

-Harian Metro

Tags: Kerusi DUNkerusi parlimenPNPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd