Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Freedom Flotilla Dipintas Israel

TEL ALVIV - Flotilla antarabangsa yang mahu mencabar sekatan maritim Israel di Semenanjung...

Kes Tembak Polis Mungkin...

TELUK INTAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak...

Tarikh Melawat Banduan, Pesalah...

KUALA LUMPUR - Keluarga banduan dan pesalah juvana dibenarkan melawat mereka pada 9...

Banteras Pengelak Cukai Pendapatan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyeru orang ramai:Ikuti Mynewshub:Ā Telegram"JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI...

PKR Fokus Isu Perkauman Dalam Pertemuan Hari Ini

PETALING JAYA : Perkara yang menyentuh isu perkauman antara isu yang akan dibincangkan PKR dalam pertemuan membabitkan beberapa pemimpin parti itu di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Jalan Gasing, di sini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli, berkata isu itu penting untuk dibincangkan kerana ada pihak yang mengambil kesempatan memainkan sentimen perkauman bagi mencapai matlamat politik.

Katanya, isu berkaitan perkauman tidak sepatutnya disentuh kerana ia berisiko merosakkan perpaduan negara.

“Isu ini penting juga untuk dibincang kerana adanya pihak memperalatkan sentimen perkauman untuk mencapai matlamat politik mereka.


“Tolonglah jangan menggunakan sentimen perkauman, jangan rosakkan perpaduan negara untuk tujuan politik.

“Kempen pilihan raya umum pun sudah tamat janganlah guna isu perkauman lagi,” katanya kepada pemberita, di luar pejabat Presiden PKR.

Yang turut hadir selain Timbalan Presiden parti, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori