Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan...

Pemilik Hotel ‘No Halal’...

NEW DELHI: Sepasang kekasih yang menjalankan perniagaan hotel ‘No Halal’ di Kochi ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan cubaan membunuh terhadap pemilik kafe serta menyebarkan kebencian dalam media sosial.Lapor India Today, pasangan itu dikenal pasti sebagai Thushara Kallayil dan suaminya, Ajith, dituduh cuba membunuh Binoj dan Nakul yang merupakan pemilik kafe di Kakkanad, Kochi berdekatan Infopark.Susulan itu, polis turut menahan mereka kerana menghasut orang ramai dengan menyebarkan propaganda perkauman apabila Thushara memuat naik video secara langsung dalam Facebook.

Capaian Sistem e-Pharmacist Bermasalah...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan menutup sementara capaian kepada sistem e-Pharmacist bagi...

Malaysia Terpilih Sebagai Ahli...

Seperti yang dilaporkan Mynewshub petang tadi, Malaysia memenangi  satu daripada lima kerusi anggota...

Pengurus Didakwa Subahat Tipu Bayaran Tuntutan RM1.2 Juta

SHAH ALAM: Seorang pengurus besar syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tiga pertuduhan bersubahat dengan perunding syarikat pembinaan untuk menipu PHB berhubung bayaran tuntutan lebihan berjumlah RM1.2 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bayaran itu bagi kerja tidak pernah dijalankan untuk projek pembinaan sebuah pusat beli-belah di Terengganu, pada tahun lalu dan 2020.

Bagaimanapun, Khairul Anuar Abd Samad, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa bersubahat dengan Mohd Azhari Che Omar, 43, untuk menipu PHB dengan membantu perunding itu menandatangani sijil pengesahan bayaran berjumlah RM45.9 juta termasuk RM1.2 juta untuk kerja yang tidak dijalankan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tingkat sembilan, blok D, Dataran PHB, Saujana Resort, di sini, pada 1, 9 serta 29 Disember 2020 dan 8 Februari 2021.

Oleh demikian tertuduh dengan curangnya mendorong PHB untuk membuat bayaran yang dituntut kepada syarikat mekanikal kejuruteraan, Gafis (M) Sdn Bhd pada 9 Disember 2020 serta 6 Januari dan 15 Februari 2021.


Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 420 KK yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, mencadangkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam tertuduh, Mohd Fikah Sanusi tidak membantah cadangan berkenaan.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan kes.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori