Sample Page Title

KUALA LUMPUR: Rundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah selesai dan hasilnya akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, disusuli mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pagi esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber memaklumkan, proses seterusnya adalah membentangkan keputusan yang terhasil daripada dua mesyuarat terbabit kepada semua 30 Ahli Parlimen BN.

Jawatankuasa itu dianggotai Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua parti komponen, iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup, turut menganggotai jawatankuasa terbabit.

“Semasa proses rundingan dengan PH, Datuk Seri Ismail Sabri tidak dilibatkan dan rundingan dengan PN pada hari ini tidak dihadiri Datuk Seri Ahmad Zahid kerana beliau demam, sebaliknya diketuai Datuk Seri Mohamad Hassan.


“Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan. Semua keputusan akan ditentukan oleh MKT UMNO dan Dewan Tertinggi BN,” kata sumber itu lagi.

Katanya lagi, rundingan oleh BN, sama ada dengan PH atau PN adalah keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Malam ini, Datuk Seri Mohamad Hassan akan bawa ke mesyuarat MKT UMNO untuk pandangan MKT. Esok pagi, akan bawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 Ahli Parlimen BN,” kata sumber berkenaan.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...