• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Indonesia Ikuti Rapat Perkembangan PRU-15

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Media Indonesia Ikuti Rapat Perkembangan PRU-15
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Media dan pemerhati Indonesia mengikuti rapat Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) termasuk memberi ulasan sejak pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan media mengenai PRU15 termasuk jangkaan keputusan dan harapan pilihan raya itu merintis laluan bagi kerajaan baharu yang stabil untuk membentuk masa depan negara dan mendapatkan semula peranan kepimpinannya dalam landskap serantau.

Media Indonesia menyedari ketidakstabilan politik selepas tiga perdana menteri Malaysia silih berganti sejak Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada 2018.

Menurut akhbar tertua Sumatera Barat, wartawan Harian Haluan dalam artikelnya, ‘Ahead of the Malaysian Election, the Four Cornered Fight for the Malay Vote’ sangat menarik untuk mengikuti perkembangan PRU15 pada 19 November ini.

Keempat-empat parti politik, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) ingin memenangi undi pengundi Melayu, kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menjadi majoriti, menyumbang 65 peratus daripada jumlah penduduk.

Bagaimanapun, sukar bagi parti berkenaan memperoleh kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan kerana parti Melayu berpecah belah.

The Jakarta Post berpendapat disebabkan kekerapan pertukaran pemimpin, Malaysia mungkin mencontohi Australia, menurut akhbar paling berpengaruh di Indonesia.

Pengarang kanannya Kornelius Purba membandingkan keadaan dengan Indonesia yang mengalami perubahan kepimpinan negara selepas kejatuhan Soeharto pada Mei 1998.

Negara ini menyaksikan tiga presiden dalam tempoh singkat antara 1998 dan 2001 iaitu BJ Habibie, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dan Megawati Soekarnoputri.

Menyentuh mengenai prestasi Ismail Sabri sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau berpendapat perdana menteri itu telah mencatatkan pencapaian besar terutama membabitkan dasar luar negara.

Sokongan tidak berbelah bahagi untuk kempen ASEAN menentang pemimpin junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dilihat sangat penting dalam menyatukan kumpulan serantau berhadapan dengan campur tangan kuasa besar.

Kornelius berkata Malaysia yang stabil dari segi politik dan ekonomi akan menyumbang kepada kemajuan ASEAN termasuk Indonesia.

“Tidak kira persaingannya dengan Indonesia dalam memainkan peranan ‘primus inter pares’ di ASEAN, Malaysia memainkan peranan yang membina dan menjadikan negara itu terkenal di rantau ini,” tulisnya.

Beliau melihat Malaysia sebagai antara anggota ASEAN paling menakjubkan terutama pencapaian luar biasa dalam menarik pelaburan teknologi yang sangat canggih, pembangunan sektor pendidikan dan kesihatan serta sektor pertanian, terutamanya industri perladangan kelapa sawit.

Selama beberapa dekad, Malaysia yang makmur menjadi destinasi berjuta-juta pencari kerja Indonesia, katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia akan mengundi demi kebaikan negara kerana ASEAN memerlukan Malaysia yang demokratik dan progresif, kata Kornelius.

Persatuan Pembangunan Media Nusantara lebih cenderung untuk melihat lebih ramai calon wanita dan mengharapkan kesaksamaan jantina dalam parti politik di seluruh rantau ini.

“Walaupun ahli politik wanita popular kuat di Malaysia, wanita masih kurang dipilih sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen,” menurut persatuan itu dalam analisis yang diterbitkan di laman sesawang Datatalk.asia.

Wanita lebih berupaya memenangi kerusi bagi parti politik utama pada PRU14 tetapi hanya 31 wanita atau 13 peratus akhirnya dipilih menganggotai Parlimen.

Sementara itu, felo adjung (bukan pemastautin) dengan Program Asia Tenggara di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) di Washington, Sophie Lemière berkata lebih banyak kejutan dijangka berlaku pada minggu akan datang.

“Arus politik menjurus ke arah lebih banyak kepada permainan politik manakala perdebatan dan idea segar untuk hala tuju negara masih belum muncul,” tulisnya dalam catatan blog CSIS.

Bernama-

Tags: media IndonesiaperkembanganPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd