Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, nasib pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down Bella akan diketahui esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan sama ada Siti Bainun, 30, dibebaskan atau diperintah membela diri bagi kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu, akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.

Terdahulu dalam prosiding pada 28 Oktober lalu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke- 22 iaitu juruteknik sebuah syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.

Berikutan itu hakim kemudian memerintahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan diakhir kes pendakwaan esok.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.


Dalam keterangannya sebelum ini, Yasmin pernah memberitahu mahkamah bahawa Bella didera Siti Bainun dan kejadian itu sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Semasa perbicaraan kes itu juga, Hakim Izralizam pada April lalu pernah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes itu yang ketika itu sedang berlangsung.

Peringatan itu dikeluarkan selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah orang ramai masih membuat hantaran di laman sosial berhubung kes tersebut seperti ‘JusticeforBella’.

Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...