• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Batalkan Saman Pendakwaan Salah Najib Pada Thomas

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Batalkan Saman Pendakwaan Salah Najib Pada Thomas
Share on FacebookShare on Twitter

Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman pendakwaan salah dikemukakan Najib Razak terhadap bekas peguam negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini membenarkan permohonan bekas pegawai tertinggi kerajaan itu untuk membatalkan tindakan sivil dikemukakan Najib tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Tuntutan Najib terhadap Thomas melibatkan pendakwaan ke atasnya dalam empat kes jenayah yang sedang berjalan, iaitu kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB, kes pengubahsuaian laporan audit 1MDB, pecah amanah berkaitan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) bernilai RM6.6 bilion, dan kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd (RM27 juta).

Saman sivil itu bagaimanapun tidak melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan kes rasuah RM42 juta SRC yang menyebabkan Najib kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Semasa prosiding dalam talian hari ini, hakim Ahmad Bache memerintahkan Najib membayar kos RM12,000 kepada Thomas.

Membacakan alasan penghakimannya hakim itu memutuskan bahawa Najib gagal memberikan bukti bahawa Thomas melakukan penyelewengan dalam jawatan awam, berniat jahat dan kecuaian dalam empat kes mahkamah.

Ahmad juga menegaskan duluan undang-undang masih menegaskan hakikat bahawa kuasa perlembagaan peguam negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan atau menarik balik pertuduhan jenayah bukanlah satu yang boleh dicabar di mahkamah.

Dia menambah Najib tidak boleh bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan – berhubung rayuan berhubung isu kekebalan bekas Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Sundra Rajoo daripada pendakwaan – kerana keputusan itu melibatkan keadaan yang jarang berlaku dan luar biasa.

Ahmad berkata, dakwaan plaintif bahawa Thomas meramalkan tertuduh dengan membincangkan perkara itu pada 2012 sebelum pelantikan defendan sebagai peguam negara di bawah pentadbiran Harapan pada 2018 – tidak dapat dikekalkan kerana Thomas ketika itu sama seperti mana-mana orang awam yang membincangkan isu kepentingan awam.

Hakim berkata terdapat mekanisme semak dan imbang bagi memastikan Thomas bertindak dalam batas undang-undang apabila mengemukakan pertuduhan terhadap Najib dalam empat kes mahkamah.

-Malaysia Kini

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakmahkamahSaman PendakwaanTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd