• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lewat Tiba, OKU Penglihatan Gagal Hantar Borang Pencalonan

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Lewat Tiba, OKU Penglihatan Gagal Hantar Borang Pencalonan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Habib Bourguiba Abd Hamid, untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa tidak kesampaian setelah gagal menghantar borang pencalonan kerana lewat tiba di pusat penamaan calon.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berbaju putih dan bertongkat, Habib Borguiba, 53, dari Kampung Datuk Keramat di sini tiba di pusat penamaan calon (PPC) bagi Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki pada 10.02 pagi, dua minit selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi.

“Saya keluar dari rumah kira-kira pukul 8.50 pagi tetapi tidak dapat tiba tepat pada masanya berikutan keadaan lalu lintas dan penutupan jalan di kawasan tersebut dan tiba kira-kira 9.50 pagi.

“Ketika berjalan menghampiri pintu pagar, pegawai pengurus PPC mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan sudah ditutup, dan pengumuman pencalonan ditutup dan saya tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada media ketika ditemui di pintu pagar SMK Aminuddin Baki itu hari ini.

Pegawai Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said yang keluar untuk menemuinya di luar pagar PPC itu berkata, Habib Borguiba tidak dibenarkan masuk selepas pihaknya mengumumkan waktu penerimaan kertas penamaan calon sudah tamat.

Menurutnya, semua calon mempunyai masa yang mencukupi dari 9 hingga 10 pagi untuk mengemukakan pencalonan.

“Ini soal undang-undang dan akan ada akibat yang serius jika saya melanggarnya. Saya telah membuat pengumuman untuk penutupan pencalonan dan ini adalah peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Sesi penamaan calon Parlimen Titiwangsa yang ditutup pada pukul 10 pagi, menyaksikan persaingan empat penjuru di kerusi berkenaan melibatkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili B, Khalid Abdul Samad Pakatan Harapan (PH), Dr Rosni Adam dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang).

-Sinar Harian

Tags: Borang PencalonanPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd