• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuhraya Seremban-Jempol Boleh Kembali Dilaksanakan

oleh Mohd Arshad
18/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Lebuhraya Seremban-Jempol Boleh Kembali Dilaksanakan
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL : Projek Lebuhraya Seremban-Jempol boleh untuk dilaksanakan semula sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, ia merupakan sebuah projek berdaya maju namun ia telah dibatalkan semasa kerajaan Persekutuan ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Semasa BN ketika saya menjadi Menteri Besar (Negeri Sembilan) ia merupakan projek yang telah mendapat persetujuan pada dasarnya oleh kerajaan Persekutuan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik konsultan bagi menilai dan melihat jajaran.

“Dahulu cadangannya untuk membesarkan Jalan Seremban-Kuala Pilah namun ia akan menyebabkan pengambilan tanah dan melibatkan banyak rumah. Saya tidak bersetuju maka saya mencadangkan untuk membuat jajaran baharu melibatkan tanah-tanah kerajaan dan pinggir hutan.

“Dari Lekas (Lebuhraya Kajang-Seremban) ia akan keluar di Bandar Baru Serting dan sehingga ke sempadan Pahang, memang telah diluluskan secara dasarnya oleh kerajaan Persekutuan hanya menunggu laporan penilaian jajaran yang mahu dibuat oleh konsultan, ia boleh dihidupkan semula,” katanya.

Mohamad berkata, jika projek lebuh raya tersebut berjaya direalisasikan, sudah pasti ia akan menjadi tumpuan pengguna untuk ke Pantai Timur dan sebaliknya.

“Saya ada berbincang dengan Menteri Kerja Raya (sebelum ini) mereka katakan, kalau kontraktor mahu buat secara konsesi, kerajaan tidak keluar belanja, lagipun memang dicadangkan supaya ia menjadi jalan bertol.

“Jalan di situ akan jadi tumpuan untuk ke Pantai Timur atau dari Pantai Timur ke sini terutamanya kenderaan komersial. Ia memang satu projek yang berdaya maju,” katanya.

Sebelum ini calon BN Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, sekiranya diberikan mandat oleh pengundi pada PRU15 ini, beliau akan memperjuangkan pembinaan Lebuh Raya Seremban-Jempol yang dilihat boleh memberi manfaat termasuk ekonomi kepada penduduk setempat.

-Utusan Online

Tags: BNLebuhraya Seremban-JempolPRU-15Tok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd