• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Digesa Tarik Balik Ratifikasi CPTPP

oleh Mohd Arshad
25/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Baharu Digesa Tarik Balik Ratifikasi CPTPP
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebelum Selasa ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Desakan itu dibuat oleh 24 pakar ekonomi, 57 badan bukan kerajaan (NGO), 10 kesatuan sekerja dan lebih 50 individu selepas mendapati perjanjian ratifikasi itu bakal memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Felo Kanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Azlan Awang yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu, berkata ratifikasi itu akan mula berkuat kuasa pada 29 November ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kandungan perjanjian ratifikasi CPTPP itu lebih kompleks dan umpama ‘jerangkap’ kepada ekonomi negara.

“Buat masa ini, Malaysia sudah ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan tujuh negara dan lapan FTA menerusi ASEAN dan ia sudah mencukupi bagi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“FTA sedia ada juga sudah dapat membantu negara mencapai prestasi eksport lebih baik biarpun tanpa CPTPP,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Azlan berkata, pihaknya difahamkan, perjanjian itu turut menyentuh perolehan kerajaan, menyekat peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mengehadkan peluang GLC untuk bersaing dengan syarikat multinasional.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, ratifikasi itu bakal menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan polisi dan manifesto prorakyat jika ia tetap diteruskan.

Justeru katanya, pihaknya mahu kerajaan pimpinan Anwar menangguhkan penyertaan CPTPP buat masa ini dengan menarik balik notis meratifikasi CPTPP sebelum 30 November ini.

“Kami juga mahu kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli akademik dan pakar ekonomi tempatan untuk mengkaji semula penyertaan Malaysia dalam CPTPP.

“Selepas kajian dibuat, jawatankuasa itu bentangkan hasil kajian di Dewan Rakyat supaya ianya dapat dibahas secara mendalam sebelum sebarang keputusan lanjut diambil,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) menerusi kenyataan memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP.

MITI berkata selaras dengan itu, kerajaan telah menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September kalau.

Penyerahan IOR menyaksikan Malaysia menjadi negara kesembilan telah meratifikasikan CPTPP, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018.

Selain Malaysia, lapan lagi negara iaitu Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru telah meratifikasi CPTPP.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimCPTPPkerajaan perpaduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu

‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh pimpinan dan penyokong Kerajaan Perpaduan supaya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd