• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Takut Sangat Dengan DAP – Nik Omar

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kenapa Takut Sangat Dengan DAP – Nik Omar
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG : “Kenapa kita takut sangat dengan DAP, gabungan lain pun ada parti bukan Islam,” kata calon Pakatan Harapan (PH), Nik Omar Nik Aziz.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Nik Omar, DAP tiada bezanya dengan MCA, MIC malah, parti bukan Islam lain yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Saya hairan kenapa segelintir pemimpin parti politik cuba menakut-nakutkan pengundi dengan kewujudan DAP dalam PH.

“Saya melihat perkara itu tidak berasas kerana kerjasama dengan parti bukan Melayu juga wujud dalam gabungan politik lain di negara ini.

“Apa yang ‘diratibkan’ untuk menakut-nakutkan pengundi itu hanya sesuai pada tahun 1960an dan 70an,” katanya ketika berucap pada siri Ceramah Ayuh Malaysia di Desa Pinggiran Putra, di sini malam tadi.

Nik Omar yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata, jika calon DAP kalah sekali pun dalam pilihan raya, tetap akan ada parti bukan Melayu lain yang dipilih pengundi.

“Jadi, tidak menjadi masalah untuk pengundi memilih DAP. Dalam konteks hubungan politik pula, DAP secara jelas menyatakan ia akur dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Orang tanya saya, kenapa saya pilih PH. Dia (DAP) hormat institusi Diraja. Dia hormat Islam adalah agama Persekutuan, agama rasmi dan bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia.

“Sebab itu saya kata, pilihan raya ini bukan masalah nak pilih iman atau pun kufur,” katanya.

-Utusan Online

Tags: DAPnik omarPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd