Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Juara Terbuka India Terkandas...

KUCHING - Pemain perseorangan China, Chen Yufei membuat kejutan dengan menewaskan naib juara...

Nilai Kekayaan Taikun Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kelembapan ekonomi, penularan wabak Covid-19, kelemahan ringgit dan kejatuhan FBM...

Maxis Kurangkan Harga Pelan...

KUALA LUMPUR - Maxis akan mengurangkan harga Sim pek Pelan Tablet Hotlink mulai...

Eksesais Air Thamal Malaysia-Thailand...

BUTTERWORTH - Eksesais Air Thamal antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera...

‘Kemuka Bukti Sokongan Bentuk Kerajaan Persekutuan Sebelum 2 Petang Esok’

KUALA LUMPUR: Parti politik yang memenangi jumlah kerusi mencukupi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diminta untuk mengemukakan bukti bahawa sudah memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata surat makluman mengenai perkara itu sudah diutuskan beliau kepada ketua dan setiausaha agung parti politik terbabit.

“Saya telah mengutuskan surat kepada ketua parti dan setiausaha agung parti politik yang memenangi jumlah kerusi mencukupi pada PRU15.

“Mereka diminta untuk mengemukakan nama parti dan ahli Parlimen Bebas (sekiranya ada) yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan melalui surat akuan berkanun oleh ketua parti,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu merujuk titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ketua parti dan ketua gabungan parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi tujuan pembentukan kerajaan baharu.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan berkata makluman berkenaan adalah mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui antara parti dan gabungan parti politik berkenaan bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.

Dalam pada itu, Azhar juga berkata melalui surat sama ketua dan setiausaha agung parti politik terbabit diminta menamakan seorang daripada ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

“Ia perlu dikemukakan melalui surat akuan berkanun dari setiap ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan terbabit yang dinyatakan secara terang dan jelas.

“Semua dokumen yang disebut di atas perlu diserahkan kepada Istana Negara selewat-lewatnya jam 2 petang esok,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori