Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

80% Graduan Politeknik Mendapat...

ARAU - Kira-kira 80 peratus lulusan politeknik akan mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian...

PAS Dakwa Ramai Ahli...

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa mempunyai bukti ramai ahli Parti Amanah Negara (PAN)...

Mayat Patah Tengkuk Ditemui...

JITRA - Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dengan kesan cekik pada lehernya...

Wanita Hamil Keguguran Ditendang...

SEORANG wanita hamil keguguran setelah ditendang di bahagian perut dalam satu serangan berdekatan...

Ismail Sabri Kekal Pertahan Bera, Hishamuddin Di Sembrong

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan menterinya kekal mempertahan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengetuai senarai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera, begitu juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kekal untuk kerusi Parlimen Sembrong.

Pada PRU ke-14 lalu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 2,311 undi, manakala Hishammuddin menang dengan majoriti 6,662 undi di Sembrong.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pula di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Ma Saravanan pula di Parlimen Tapah serta Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Parlimen Padang Terap.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula dinamakan mempertahan kerusi Parlimen Kepala Batas, sementara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin akan kekal bertanding di Parlimen Kimanis; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar); Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu).

Selain itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said di kerusi Parlimen Kuala Krau, sementara Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri We Jeck Seng di kerusi Parlimen Tanjung Piai.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori