• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HASiL Bantu Perangi Rasuah

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
HASiL Bantu Perangi Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Rasuah antara gejala yang membelenggu kebanyakan negara dunia. Ia suatu persoalan yang sentiasa dibangkitkan di mana jua tentang bagaimana usaha untuk memeranginya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiada sebuah negara boleh mendabik dada mereka bebas rasuah sepenuhnya. Bahkan pemberian kasut dan baju boleh dianggap suapan bergantung kepada nilai dan niatnya.

Rasuah terbukti berisiko melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi dan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi lemah.

Rasuah menjejaskan imej dan kredibiliti negara, menjejaskan kualiti infrastruktur pembangunan serta melahirkan rakyat yang tidak amanah dan gagal.

Malaysia sejak dulu berusaha memerangi gejala rasuah. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) juga tidak ketinggalan dalam membantu memeranginya.

Antaranya melalui pemberian potongan cukai kepada mana-mana syarikat yang melaksanakan program antirasuah atau program integriti.

Syarikat terlibat layak menuntut potongan cukai mengikut Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967, namun tertakluk kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Individu terbabit rasuah dan salah guna kuasa turut berdepan tindakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) terutama kesalahan mengelak bayaran cukai kepada HASiL.

Mungkin perasuah merasakan mereka boleh bebas dan lepas daripada tindakan agensi lain, tetapi mereka tidak akan terlepas daripada tindakan HASiL.

Ini bermaksud langkah HASiL dalam membantu negara membanteras gejala rasuah bukan sekadar sambil lewa atau `bagai melepaskan batuk di tangga’.

Semua pihak harus mengembeleng usaha seperti dilakukan HASiL dalam menyokong usaha menghapuskan gejala rasuah di negara ini berdasarkan kapasiti masing-masing.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMrasuah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Bayaran Cukai Kini Mudah Dan Cepat, Jangan Tunggu Saat Akhir

Bayaran Cukai Kini Mudah Dan Cepat, Jangan Tunggu Saat Akhir

03/11/2026
0

URUSAN membayar cukai kini semakin mudah, pantas dan fleksibel menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd