• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRS Tolak Tuduhan Isytihar Perang Terhadap BN

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
GRS Tolak Tuduhan Isytihar Perang Terhadap BN
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa gabungan itu mengisytiharkan perang terhadap Barisan Nasional (BN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN Sabah seperti yang didakwa oleh pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada Isnin.

“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN.

“Malah dalam pilihan raya baru-baru ini, kita (GRS) dan saya sendiri turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, janji sebelum pilihan raya antara GRS dan BN adalah untuk GRS memberi sokongan terhadap UMNO/BN seandainya parti tersebut layak menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya.

“Perlu ditegaskan juga bahawa tiada janji sebelum pilihan raya dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Hajiji juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersama Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas telah menemui Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.

“Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan mereka sendiri dan saya tidak terlibat langsung pada perjumpaan tersebut.

“Saya berharap UMNO/BN akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri ini selaras dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) yang lalu,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNGRSperang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd