Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

KKM Sahkan ‘Baby Nanas’...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa 'baby nanas' jenama Dragon King...

PRN Johor: PAS Masih...

MARANG – Pas masih belum berputus asa untuk memujuk Barisan Nasional bagi menjalin...

GAMBAR: Kebakaran Akibat Khianat...

MENERUSI Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di...

RM30 Juta Pastikan Pusat...

BANGI - Peruntukan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz yang diumumkan Perdana Menteri...

Elaun Seberang Laut RM500, Antara Fokus Calon BN Langkawi

LANGKAWI: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Armishah Siraj menggariskan empat teras utama dalam manifesto yang dikemukakannya, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Empat teras itu membabitkan dua cadangan pelaksanaan di peringkat persekutuan, manakala dua lagi difokuskan kepada kebajikan penduduk pulau legenda ini.

Bagi cadangan persekutuan, Armishah mencadangkan pelaksanaan elaun seberang laut berjumlah RM500 kepada lebih 4,000 penjawat awam yang bekerja di Langkawi.

Turut dicadangkan, katanya, pemberian visa percuma selama seminggu kepada kepada pelancong luar negara yang berkunjung ke pulau peranginan ini.

Armishah, 58, yang berpengalaman selama 31 tahun sebagai Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar Kedah, memberi dua cadangan khusus bagi pulau ini.

Pertama, kuota khas sebanyak 20 peratus disediakan kepada anak Langkawi bagi memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.


Berikutnya, beliau berikrar menubuhkan ‘DAS Assist Centre’ yang akan bertanggung jawab mengurus dan mengendalikan kebajikan penduduk setempat.

Manifesto empat muka surat yang diedarkan kepada petugas media di sini, turut memaparkan enam kejayaan penyelesaian masalah sebagai bukti beliau sentiasa mengutamakan kebajikan penduduk.

Antaranya, penyelesaian masalah diskaun tiket feri secara dalam talian kepada penduduk Langkawi serta isu lambakan sampah selama dua tahun di Pulau Tuba akibat pandemik COVID-19.

Manifesto itu juga akan ditambah nilai dengan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) BN yang telah diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori