Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Persatuan Belia Perlu Aktif...

ITRA - Persatuan belia perlu bergerak lebih aktif dan memainkan peranan sebagai 'ejen...

Sharnaaz Ahmad Titip Nasihat...

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang memberikan komen masing-masing mengenai kontroversi...

Skandal Dengan ADUN Wanita,...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan tuduhan mengaitkan beliau bersama...

Mohan, Vigneswaran Dan Jaspal...

SERDANG - Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan dan Datuk S. A....

DAP Pertaruh Dua Calon Melayu, Tanding 8 Kerusi DUN Pahang

BENTONG – DAP menampilkan dua calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon berkenaan, Muhamad Khairi Khalid yang juga muka baharu parti tersebut bertanding di DUN Pulau Manis manakala calon Parlimen Lipis, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji turut diumum bertanding di DUN Tras.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu majlis di Bentong pada Selasa.

Dalam majlis tersebut, Anthony mengumumkan parti itu bertanding di lapan kerusi di DUN Pahang.

DAP juga mempertaruhkan dua muka baharu bagi DUN Pahang iaitu Ho Chi Yang, calon termuda berusia 27 tahun di kerusi DUN Tanah Rata dan Thomas Su di DUN Ketari menggantikan Young Syefura Othman yang bertanding di Parlimen Bentong.

Untuk kerusi DUN Mentakab, Sabai, Triang dan Bilut pula, DAP mengekalkan penyandang kerusi berkenaan.


DUN Mentakab ditandingi Woo Chee Wan dan kerusi DUN Sabai oleh D Kamache.

Setiausaha DAP Pahang, Lee Chin Chen akan mempertahankan kerusi DUN Bilut yang dimenangi pada PRU14.

Sebelum itu, Anthony pada 26 Oktober lalu mengumumkan empat calon daripada parti tersebut akan bertanding di kerusi parlimen di Pahang.

Selain Young Syefura Othman (Bentong) dan Tengku Zulpuri (Lipis), dua lagi calon, Chow Yu Hui bertanding di parlimen Raub dan Chiong Yoke Keong (Cameron Highlands).

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori