Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Lori Angkut Simen Terbalik,...

KUANTAN - Seorang pemandu lori pengangkut simen cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum...

Rang Undang-Undang Anti Keganasan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada...

Bekas Pemandu Karpal Singh...

KAMPAR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepas dan membebaskan bekas pemandu...

Pengorbanan Ketepi Perbezaan Asas...

KUALA LUMPUR - Pengorbanan semua pihak dengan mengetepikan perbezaan antara satu sama lain...

Covid-19: Majoriti Negeri Catat Kes Tiga Angka

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding kelmarin, 2,877 kes sekali gus mengatasi 2,969 kes sembuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 41,713 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,981,374 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,069 kes diikuti Melaka (268), Sabah (266), Kuala Lumpur (223), Pulau Pinang (178), Sarawak (145), Putrajaya (140) Perak (132), Kedah (126), Kelantan (114), Negeri Sembilan (106) dan Pahang (102).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Terengganu (72), Johor (49) dan Labuan (27), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, tujuh kes.


Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 700 orang, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 97 kes, selain mereka memerlukan alat bantuan pernafasan berjumlah 52 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes dengan dua daripadanya kematian yang dibawa ke hospital (BID) sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,644 kes (7,798 kes BID).

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori