• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Gara-Gara Perempuan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Gara-Gara Perempuan
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki di sebuah restoran di pusat bandar di sini, awal pagi semalam dipercayai akibat perkenalannya dengan seorang wanita warga asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, lelaki berusia 19 tahun itu cedera di beberapa anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa mendakwa dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita berkenaan sebelum dipukul.

“Mangsa bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh enam lagi lelaki, sehingga akhirnya dia dibelasah sekumpulan 10 lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa kemudian diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki lain di sebuah restoran.

Rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala, badan dan kakinya dipercayai.

Mangsa dilihat dipukul menggunakan kon dan juga kerusi restoran.

-Harian Metro

Tags: cederaserang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd