• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Umum Manifesto Esok

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Umum Manifesto Esok
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifestonya esok dengan tawaran 10 teras utama dan 99 strategi untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 teras itu akan menjadi perubahan atau ‘game changer’ dalam meletakkan rakyat dan negara berada di landasan betul khususnya dalam menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi dunia tahun depan.

“Ada 99 langkah terperinci yang telah kita susun dan bagi menentukan setiap golongan masyarakat terutama B40 (golongan miskin), M40 (golongan pertengahan), tanpa melupakan T20 (golongan atasan) mendapat pembelaan.

“Kesejahteraan rakyat diberi keutamaan dan dalam masa sama memastikan pertumbuhan ekonomi negara (terus berlaku) dalam keadaan permulaan kemelesetan ekonomi dunia dijangka berlaku (tahun depan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.

Menurut beliau, manifesto tersebut akan menggariskan langkah-langkah yang bakal dilaksanakan bagi memastikan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia itu tidak akan memudaratkan atau memberi kesan buruk kepada rakyat negara ini.

Pada masa sama, jelas beliau, BN mahu memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) dipertingkatkan agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan nilai eksport meningkat.

Menurutnya, BN juga mahu memastikan golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, diberi latihan peningkatan kemahiran untuk meningkatkan peluang di pasaran kerja.

Beliau berkata, program serta usaha untuk membantu golongan siswazah menganggur akan turut dijelaskan dalam manifesto yang bertemakan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ itu.

“Pengumuman manifesto ini akan disiarkan secara langsung dalam media sosial dan disediakan dalam bentuk bahan bercetak yang akan diedarkan ke PDM seluruh negara,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: BNmanifestoPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd