• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tiada Tekanan, Tidak Tekan Butang Panik

oleh Mohd Arshad
09/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Tiada Tekanan, Tidak Tekan Butang Panik
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) tidak berdepan sebarang tekanan walaupun parti lawan mendakwa mampu memenangi jumlah tertentu bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN sememangnya sudah mengetahui jumlah kerusi yang mampu menang ataupun tidak dengan setiapnya juga dikategorikan.

“BN tiada tekanan, sebab kami sudah mengetahui tempat mana kami boleh menang, tempat mana yang putih, yang kelabu putih berapa jumlah, tempat mana kelabu hitam, tiada apa-apa tekanan.

“Begitu juga tempat mana yang menang kita akan kekalkan, mana kerusi yang perlu kita dapatkan semula di situ BN perlu letakkan usaha tambahan, tiada tekanan apa-apa,” katanya ketika ditemui di Pusat Arahan BN Parlimen Rembau di Rantau di sini hari ini.

Mohamad yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau menambah, beliau juga mendapat laporan setiap hari dari war room BN di ibu negara berhubung perkembangan terkini setiap kerusi yang ditandingi parti itu.

“Setiap malam, saya menerima laporan war room mengenai perkembangan terkini kawasan-kawasan, setakat ini, saya agak gembira, tidak ada perkara yang boleh memaksa kita menekan butang panik,” katanya lagi.

Jelas beliau, memang diakui terdapat kerusi yang sukar dimenangi, namun, BN tetap perlu bekerja kuat terutamanya untuk mengurangkan jumlah majoriti undi di kawasan terbabit.

“Ada tempat yang kami tahu susah hendak menang, tidak mengapa, tapi, kami akan cuba mengurangkan majoriti, supaya apabila campur nanti undi popular, mana-mana pihak tidak boleh memainkan isu, seperti BN menang tetapi undi popular mereka lebih banyak,” ujar Mohamad.

Sementara itu, menurutnya, tujuan BN mengkategorikan setiap kerusi terbabit adalah supaya gerak kerja parti itu lebih berfokus dan tidak kelam kabut.

“Ada tempatnya kami kategorikan putih, kelabu putih, Felda ada 54 Parlimen, bukan kesemuanya ‘putih melepak’ ada yang kelabu putih dan kelabu hitam, kami kena kenal pasti supaya kami tidak kelam kabut, kami kerja berfokus.

“Ini kerusi yang perlu kami kekalkan, ini kerusi yang perlu direbut semula, ini kerusi yang perlu kita kurangkan majoriti, begitu kami bekerja, masing-masing sudah tahu,” kata beliau lagi.

-Utusan Online

Tags: BNPRU-15Tok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Sing Phing tak suka orang menipu. Geng sebelah sana taruh fitnah macam-macam" Demikian ulasan aktivis politik dari...

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri ini agar terus mempertahankan semangat perpaduan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd