• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tawar Pendidikan Tadika Percuma, Buku Teks Digital

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Tawar Pendidikan Tadika Percuma, Buku Teks Digital
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma untuk semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah merupakan tawaran baharu Barisan Nasional (BN) sejajar langkah melakukan beberapa pembaharuan radikal dan bersifat struktural dalam negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini bermakna, selain sistem sekolah rendah dan sekolah menengah, selepas ini Malaysia akan turut mempunyai sistem pendidikan awal dan asuhan percuma di seluruh negara.

“Ia tidak lagi bersifat serpihan-serpihan atau bergantung kepada budi bicara atau tahap kemampuan ibu bapa. Sebaliknya, ia akan diwujudkan sebagai sebuah sistem universal yang tersedia untuk semua di seluruh negara.

“Memperkenalkan sistem pendidikan awal dan asuhan ini, ia bukan sahaja akan mengurangkan sebahagian besar kos penjagaan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh negara, tetapi menjadi bukti, komitmen dan pelaburan besar negara, dalam memastikan asuhan dan pendidikan awal, dilakukan dengan cara terbaik,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini.

Katanya lagi, di peringkat sekolah pula, agenda pendigitalan pendidikan akan dilakukan secara besar-besaran dengan BN akan memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan laptop atau komputer riba.

Justeru itu katanya, dua inisiatif besar BN untuk perkara itu adalah memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.

“Perkara ini akan membantu menyelesaikan isu-isu seperti beg sekolah yang berat serta membolehkan kemas kini sukatan pelajaran dilakukan dengan lebih pantas dan mudah,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, pada peringkat pengajian tinggi pula, BN akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40 kerana itu adalah sebahagian usaha serius pihaknya untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang.

“Selain pengajian tinggi tanpa yuran kepada semua individu dari kelompok B40, universiti awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara akan menawarkan sistem pengajian anjal. Iaitu 50 peratus pengajian di kampus, dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh, yang akan sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian,” katanya.

Beliau juga mengumumkan, kerajaan BN kelak akan mewajibkan semua majikan untuk membayar elaun kepada semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali bagi menghapuskan eksploitasi.

“Perkara-perkara ini kita usahakan kerana kita sedar, pendidikan bukan sahaja pertahanan terbaik atau our best defence, malah senjata ampuh atau our best weapon dalam memerangi kekurangan serta kesenjangan hidup,” katanya.

-Utusan Online

Tags: BNBuku Teks DigitalManifesto BNPendidikan Tadika PercumaPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd