• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Ada Peluang Menang Di Pagoh

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Ada Peluang Menang Di Pagoh
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata biarpun berdepan Muhyiddin yang disifatkan sebagai calon ‘heavyweight’, BN tetap memiliki peluang untuk menang di kerusi Parlimen Pagoh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata apa yang penting ketika ini adalah memperkemaskan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan.

“Dalam pilihan raya, tidak ada orang boleh beritahu pada hari pencalonan siapa boleh menang. Perasaan pasukan yang bertanding pun, semua mahukan kemenangan.

“Walaupun di sini (Parlimen Pagoh) kita ‘underdog’ dan bukan penyandang, ia memberikan kita galakan untuk lebih bersemangat bekerja,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh.

Bagi PRU15, kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Razali dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Pada PRU14, Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.

Dalam pada itu, Razali berkata, beliau telah membuat persiapan bagi menghadapi calon bertanding di Pagoh selepas dimaklumkan akan dicalonkan di kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata, tidak gementar untuk berhadapan dengan Muhyiddin dan sebagai status calon underdog memberi semangat untuk bekerja lebih kuat.

“Tetapi cerita prestasi Johor umpamanya sudah mencipta beberapa kejayaan walaupun baru tujuh bulan diberi mandat,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNpagohPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd