• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Sebabkan Kerugian Keseluruhan RM6.1 Bilion Tahun Lalu

oleh Mohd Arshad
24/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Sebabkan Kerugian Keseluruhan RM6.1 Bilion Tahun Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Negara kerugian RM6.1 bilion disebabkan banjir pada tahun lalu dan awal tahun ini berikutan perubahan iklim yang menyebabkan corak bencana alam berubah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dalam kenyataan Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, kerugian itu bersamaan 0.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga nominal.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal separuh tahun pertama diikuti Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada separuh tahun kedua 2021 dengan kelonggaran pergerakan penduduk serta pembukaan semula aktiviti ekonomi telah memberi pelbagai kesan kepada keadaan alam sekitar negara tahun lalu seperti peningkatan kualiti udara secara keseluruhan.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan status kualiti udara ‘baik’ dan ‘sederhana’ untuk 2021. Bacaan IPU menunjukkan penurunan tahap pencemar udara terutama di bandar-bandar utama di seluruh negara disebabkan oleh pelepasan bahan pencemar udara yang lebih rendah daripada asap kenderaan bermotor, pelepasan cerobong industri dan aktiviti pembakaran terbuka,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, peningkatan kes COVID-19 turut meningkatkan penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan alat pengujian COVID-19 selain pembukaan kemudahan kesihatan baharu, pusat kuarantin dan vaksinasi memberi impak secara langsung ke atas pengurusan sisa klinikal.

“Kuantiti sisa klinikal meningkat 43.9 peratus pada 2021 kepada 57,400 metrik tan berbanding 39,900 metrik tan pada 2020,” katanya.

Mohd Uzir berkata, tiga negeri merekodkan jumlah sisa klinikal terbesar iaitu Selangor sebanyak 13,000 metrik tan, Sarawak 8,300 metrik tan dan Kuala Lumpur 5,900 metrik tan.

Katanya, kadar kes kemalangan di jalan raya di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 11.5 peratus iaitu penurunan sebanyak 47,951 kes berbanding 2020 manakala jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga menurun sebanyak 95 kepada 4,539 kematian pada 2021 berbanding 4,634 kematian pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, DOSM sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 hingga 31 Dis ini dan amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM bagi menjayakan soal selidik itu.

Bernama-

Tags: Banjirkerugianperubahan iklim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd