• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Dijangka Di Tujuh Negeri

oleh Mohd Arshad
23/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Kilat Dijangka Di Tujuh Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat, membabitkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meterologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan jika hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Di Johor, antara kawasan yang bakal terjejas adalah daerah Batu Pahat, membabitkan Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Gading, Mukim Tanjung Sembrong; daerah Kota Tinggi (Mukim Pengerang, Mukim Sedili Besar, Mukim Ulu Sungai Johor); Mersing (Mukim Teriang); Muar (Bandar Panchor, Mukim Bukit Kepong) dan Tangkak (Mukim Bukit Serampang, Mukim Grisek).

Di Kelantan, ia membabitkan Kota Bharu (Mukim Baung, Mukim Padang Bungor, Mukim Panchor, Mukim Pulau Panjang dan Mukim Tebing Tinggi), manakala di Negeri Sembilan membabitkan Mukim Jimah serta kawasan sekitarnya.

Di Pahang pula membabitkan Rompin (Mukim Endau, Mukim Pontian) dan Temerloh (Pekan Kuala Kerau, Mukim Bangau, Mukim Jenderak, Mukim Kerdau, Mukim Lipat Kajang, Mukim Perak dan Mukim Sanggang), manakala Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara (Bandar Butterworth, Mukim 1 dan Mukim 4).

Sementara itu, banjir kilat di Selangor dijangka berlaku di Sepang (Pekan Tanjung Mas dan Mukim Sepang).

Di Sarawak pula, di daerah Bahagian Miri membabitkan Kampung Pujut Tanjung Batu, Kampung Pujut Padang Kerbau, Kampung Pujut Adong, Bulatan Boulevard, Kampung Damai Jaya Senadin, kawasan Krokop, Jalan Jee Foh, Taman Gilbert, Kg Wireless, kawasan Jalan Datuk Edward Jeli, Jalan Miri-Pujut dan Jalan Miri-Piasau.

Bernama-

Tags: banjir kilatJPS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MKT UMNO, Dewan Tertinggi BN Putus Hala Tuju Parti, Bukan Lagi Pemimpin Tertentu

Next Post

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Related Posts

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

16/06/2025
0

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir...

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

23/03/2025
0

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan...

Next Post
Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd