Sample Page Title

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada Januari 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu membabitkan pembayaran kepada 20,271 orang penjawat awam negeri.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

“Bayaran bantuan khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Di samping itu, bantuan khas sebanyak RM500 akan turut diberikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan dibayar pada bulan April 2023,” katanya.


Menurut beliau, dengan pemberian insentif itu diharap penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.

Hajiji, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, pemberian insentif tersebut sebagai tanda keprihatinan tentang kebajikan penjawat awam.

Jelas beliau, kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...