Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

33 Kapsul Syabu Dijumpai...

KUALA LUMPUR - Bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui di...

35 Warga Asing Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 35 warga asing termasuk...

DAP Rujuk Ronnie Liu...

KUALA LUMPUR - DAP akan merujuk Ronnie Liu ke jawatankuasa disiplin parti berhubung...

Restoran Di Shah Alam,...

SHAH ALAM - Sebuah restoran di Seksyen 16 di sini menjadi yang pertama...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan Malaysia dan beberapa pihak lain atas dakwaan menghalang perhimpunan dan perarakan untuk kebebasan kehakiman (Walk for Judicial Independence) Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perhimpunan dan perarakan itu adalah bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengumumkan secara terbuka siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali), yang dianggap sebagai campur tangan terhadap kebebasan Badan Kehakiman dan pelanggaran prinsip asas pemisahan kuasa.

Badan Peguam bersama Presidennya Karen Cheah Yee Lynn, 54, Naib Presiden Mohamed Ezri Abdul Wahab, 52, Setiausaha, B Anand Raj, 50 dan Bendahari, Murshidah Mustafa, 52, selaku plaintif pertama hingga kelima memfailkan saman itu menerusi Tetuan AmerBON di Mahkamah Tinggi di sini, 20 Oktober lalu, dan kes ditetapkan untuk pengurusan pada 12 Januari depan di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris.

Dalam saman itu kesemua plaintif menamakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Deputi Superintendan Nuzulan Mohd Din, PDRM, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keenam.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa kesemua defendan telah melanggar hak mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghalang mereka dan 500 ahlinya serta pelatih dalam kamar mengadakan perhimpunan dari tempat letak kereta Padang Merbok, Jalan Parlimen ke Pintu Masuk Utama Parlimen pada 17 Jun lepas dari 7.45 pagi hingga 10 pagi bagi menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ketika itu atau wakilnya.

Kesemua plaintif mendakwa defendan-defendan telah melakukan salah laku dalam jawatan awam (misfeasans) dengan menahan mereka secara salah, menyebabkan antaranya mereka kehilangan kebebasan dan kerosakan reputasi kerana ditahan secara salah selain kerugian RM19,449 bagi Badan Peguam atas kos yang telah dibelanjakan untuk perarakan itu.

Plaintif antaranya menuntut ganti rugi khas RM19,449, ganti rugi am, keterlaluan dan teladan, kos selain memohon suatu deklarasi bahawa hak plaintif-plaintif telah dicabul dan suatu deklarasi bahawa penahanan mereka adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori