Sample Page Title

KAJANG – Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Titahnya, hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...