Sample Page Title

ROMPIN : Parti Amanah Negara (Amanah) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, parti itu memandang PRU15 DUN Tioman sebagai pertembungan kerajaan baharu negeri ini dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

Bersandarkan semangat tersebut, katanya, Amanah melihat keperluan mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN bagi PRU15 bahagian N.42 Tioman.

“Bagi memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, jentera pilihan raya PH akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen BN dalam pilihan raya berkenaan.

“Semoga dengan kerjasama ini, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan dekat sini.

Istiadat angkat sumpah itu menamatkan kemelut politik yang melanda negeri ini pasca PRU15 selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-15 kepada Wan Rosdy.

Mohd. Hatta berkata, Amanah menjunjung kasih atas perkenan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi pembentukan kerajaan negeri pimpinan PH dan BN.

“Parti Amanah juga mengucapkan tahniah kepada Wan Rosdy atas perkenan Pemangku Raja Pahang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Pahang,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...