• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli PAS Bantu Kempen Parti Lain Boleh Dipecat – Takiyuddin

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahli PAS Bantu Kempen Parti Lain Boleh Dipecat – Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : PAS mengingatkan mana-mana ahli parti itu yang membantu kempen parti lain boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia kerana tindakan berkenaan dianggap melanggar disiplin.

“Perkara ini sudah terkandung dalam perlembagaan yang menyebut seorang ahli PAS dianggap melanggar disiplin jika melakukan sebarang tindakan yang menyalahi serta merugikan parti.

“Sudah tentu jika seseorang ahli membantu berkempen untuk parti lain akan merugikan PAS dan tindakan akan diambil termasuk dipecat.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan dan ini peringatan kepada semua ,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, penyandang Parlimen Kota Bharu itu turut memaklumkan seseorang ahli PAS boleh terhenti atas tiga faktor iaitu yang pertama disebabkan permintaan sendiri.

“Manakala faktor kedua dipecat serta ketiga apabila mengisytiharkan diri keluar daripada PAS dengan menyertai politik lain.

“Menyertai politik lain tidak semestinya menjadi ahli, sebaliknya bertanding atas tiket parti lain juga dianggap keahliannya secara automatik terbatal,” katanya.

Ditanya tindakan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah yang dikatakan masih mengaku ahli PAS ketika bertemu pengundi, Takiyuddin berkata ia mampu mempromosikan PAS.

“Mungkin juga beliau tidak malu,” katanya

-Berita Harian

Tags: kempenPecatPRU-15Takiyuddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd