• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Dakwa DAP Berterusan Serang PAS

oleh Mohd Arshad
28/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Abdul Hadi Dakwa DAP Berterusan Serang PAS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pas mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan pelbagai serangan fitnah dan memburukkan imej parti yang terteraskan Islam itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, DAP kini diibarat ‘membaling batu di tengah khalayak pada siang hari yang terang’ apabila terus menyerang Pas setelah kejayaan mencapai jumlah kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding parti lain.

“Pas (pernah) dilabelkan laksana Taliban yang berperang dengan Amerika Syarikat di Afghanistan, walhal Amerika Syarikat telah menceroboh negara itu dengan ganas dan bertindak melampau melalui media Barat terhadap Taliban yang dizalimi, namun keadaan yang sebenar ditutup oleh DAP.

“Hukum Islam Hudud dan Qisas terus menjadi modal mereka dengan penjelasan yang salah dan menyesatkan, semata-mata bagi memberikan suatu gambaran buruk terhadap Islam dan wajah Pas.

“Kalangan yang bercakap tentang Melayu Islam terus dilabelkan bersifat perkauman. Mereka juga menggunakan Melayu yang bodoh dan Melayu liberal yang ditolak oleh Islam menjadi jurucakapnya. Strategi ini digerakkan secara wayang kulit dengan DAP menjadi dalang di belakangnya” katanya dalam Facebook beliau.

Abdul Hadi turut mendakwa DAP sebagai sebuah parti melampau walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu Islam, namun ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan prinsip agama Islam.

Beliau menuduh DAP sebenarnya menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan Bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu.

“Oleh itu, pada saat begini menunjukkan wajah DAP yang tersembunyi sebelum ini laksana hanya bertaubat saat terdesak.

“Bangkai yang terlalu busuk itu tidak boleh ditutup oleh tangan DAP yang bergelumang dengan najis, walaupun mereka bertopengkan Melayu yang berwuduk dan disamaknya,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Abdul HadiDAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd