Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Andai Pilihan Raya Esok,...

KETIKA kritikan hebat dihujankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri...

Kem.Pendidikan Disaran Sedia Buku...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan disaran menyediakan buku garis panduan lengkap yang mengandungi...

Lagi Gambar Individu Langgar...

KLANG - Orang ramai dan warga maya sekali lagi menjadi gusar apabila tular...

Polis Selangor Bendung Kes...

SHAH ALAM – Langkah membendung aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekolah serta...

6 Penjuru Di Parlimen Balik Pulau

BALIK PULAU : Kerusi Parlimen Balik Pulau yang dianggap antara kerusi panas pilihan raya di Pulau Pinang menyaksikan pertandingan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang merupakan penyandang kerusi akan dicabar lima lagi pesaing iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN); Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid (PN); Ahmad Fazli Mohammad ( GTA) serta dua calon Bebab, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad (Bebas) dan Datuk Seri Johnny Ch’ng Ewe Gee.

Pengumuman rasmi senarai calon itu dibuat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Balik Pulau, Mohd. Hafiz Aswad Nadzri di pekarangan Politeknik Balik Pulau, kira-kira pukul 11.05 pagi.

Cuaca hujan sejak awal pagi tadi tidak menghalang kira-kira 1,000 penyokong parti bertanding berkumpul bagi memberi semangat kepada calon masing-masing di kawasan padang.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang proses penamaan calon.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Balik Pulau dimenangi Muhammad Bakhtiar (PH) dengan majoriti 6,464 undi selepas mendapat 25,471 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN) (19,007 undi) manakala calon Pas, Muhammad Imran Muhamad Saad (5,298 undi).

Untuk rekod, sebelum dikuasai PH, kerusi Parlimen Balik Pulau pernah dimenangi BN pada PRU13 yang mana Dr. Hilmi berjaya memperoleh 22,318 undi mengatasi Muhammad Bakhtiar (PKR) yang mendapat 20,779 undi.


Sementara itu, calon BN bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, Shah Headan Ayoob berkata, kesemua calon yang bertanding mempunyai harapan untuk menang di kerusi Parlimen berkenaan.

“Walaupun kalah pada PRU14, kita tetap menjalankan kerja-kerja untuk rakyat dan saya berharap pengundi akan memberi peluang kepada kita.

“Agak sukar untuk membuat analisa peluang di kerusi ini sebab masing-masing ada penyokong, namun saya berharap pengundi akan memberi semula mandat kepada BN,” katanya.

Dalam pada itu, penyandang kerusi berkenaan, Muhammad Bakhtiar berkata, saingan enam penjuru di Parlimen Balik Pulau menunjukkan proses demokrasi di negara ini berjalan lancar dan perlu dihormati semua pihak.

”Berapa penjuru pun kita kena hormati dan saya bersyukur kerana proses penamaan calon berjalan lancar.

”Dengan prestasi dan rekod baik saya sebagai Ahli Parlimen di sini sebelum ini, saya harap pengundi dapat menilai kerja-kerja serta pembangunan infrastruktur yang telah saya lakukan di sini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori