Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Minta Anggota...

BAGAN DATOH - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta...

Lelaki Maut Lemas Di...

KEGEMBIRAAN sekumpulan bermandi-manda di kawasan perkelahan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu bertukar menjadi...

Difitnah Gay Di Twitter,...

SUSULAN satu kenyataan Twitter oleh seorang lelaki yang mendakwa pernah menjadi 'skandal' kepada...

Ahmad Maslan Akur Arahan...

BUTTERWORTH - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan...

40 Buah Rumah Terjejas Banjir Kilat

GUA MUSANG: Sebanyak 40 buah rumah terjejas selepas ditenggelami banjir kilat yang melanda Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini susulan hujan lebat sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut penduduk, hujan bermula kira-kira pukul 7 malam dan paras air Sungai Ceweh mula meningkat pada pukul 12.30 malam tadi.

Seorang penduduk, Siti Aisyah Ibrahim, 25, berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barangan kerana air naik secara mengejut dan memasuk ke dalam rumah selama 40 minit.

“Saya dan keluarga tidak tidur semalaman kerana air mencecah paras lutut.

“Sebaik sahaja air surut, kami terus bergotong royong membersihkan lumpur yang masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di RKT Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ghazali Bedol, 62, berkata, setiap tahun RKT Jeram Tekoh dilanda banjir kilat selepas kejadian banjir besar 2014.


Katanya, keadaan itu dipercayai berpunca daripada Sungai Ceweh yang cetek dan tidak lagi menampung kapasiti air hujan yang banyak.

“Kami berharap pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengorek dan mendalamkan Sungai Ceweh.

“Jika keadaan itu dilakukan dapat membantu penduduk yang sering berdepan kerugian akibat kerosakan harta benda itu,” ujarnya

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kilat bagi meringankan beban mereka.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori