• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Penyokong Parti KDM Cuba Rempuh Masuk Pusat Penamaan Calon

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
300 Penyokong Parti KDM Cuba Rempuh Masuk Pusat Penamaan Calon
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM: Seramai 300 orang penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) cuba merempuh dan masuk ke dalam pusat penamaan calon di Dewan DSP Antanom pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, penyokong kepada Presiden KDM, Datuk Peter Anthony menimbulkan kekecohan selepas pencalonan presiden parti mereka ditolak.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, rusuhan itu berpunca daripada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak borang pencalonan Peter untuk bertanding di kerusi P.181 Tenom dengan alasan calon tersebut masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

“Akibat tidak berpuas hati, seramai 300 orang penyokong cuba merempuh dan masuk ke dalam dewan.

“Pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota Unit Tempur Ringan (LSF) dan Tugas Am yang dibantu oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bertindak menyuraikan penyokong-penyokong dari memasuki dewan.

“Malah, satu perbincangan telah diadakan antara peguam yang mewakili Peter, pegawai SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar satu keputusan dapat diambil bagi memastikan penyokong tidak bertindak liar dan seterusnya mematuhi arahan pasukan keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom hari ini.

Idris berkata, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu keluar dari dewan pada pukul 12.32 tengah hari, Peter berjaya menenangkan penyokong partinya agar menerima keputusan yang dibuat oleh pihak SPR itu.

Namun, Peter turut membuat satu laporan polis kerana tidak berpuas hati terhadap penolakan beliau sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Tenom bagi membolehkannya mengambil tindakan susulan.

Menurut Idris, semasa pengumuman rasmi calon dibuat pada pukul 2.20 petang hanya lima calon akan bertanding di kerusi P.181 Tenom iaitu Noorita Sual daripada Pakatan Harapan (PH), Jamawi Jaafar daripada Barisan Nasional, Ukim Buandi daripada Parti Warisan (Warisan) dan dua calon Bebas iaitu Riduan Rubin dan Peggy Chaw Zhi Ting.

Jelas beliau, kebanyakan penyokong yang terlibat dalam kekecohan itu telah pun dipanggil dan diberi nasihat agar tidak menimbulkan provokasi dan mengganggu ketenteraman awam.

Walau bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini sebaliknya, hanya ada satu laporan polis yang dibuat oleh calon yang terlibat (Peter).

“Bagi pihak keselamatan, apa juga laporan polis yang kita terima, kita akan jalankan siasatan,” katanya.

Keadaan keselamatan di pusat penamaan calon kembali terkawal pada pukul 2.38 petang dan semua penyokong beredar meninggalkan dewan.

UtusanOnline-

Tags: Penyokong Parti KDMPusat Penamaan Calonrempuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

02/03/2025
0

BACHOK: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan pikap dan motosikal di Jalan Kampung Teluk-Kemudi di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd