Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kedai Emas Rugi...

BATU GAJAH - Sebuah kedai emas di Jalan Pejabat Pos di sini kerugian...

Tag Heuer Perkenalkan Jam...

ERA jam pintar nampaknya mungkin sedang mengorak langkah apabila jenama jam tangan terkenal...

Tuduh Tentera Undi Awal:...

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada...

COVID-19: Warga Malaysia Kes...

SINGAPURA - Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan...

Warga Emas Tak Serik Pecah Rumah

Serdang : Usia menghampiri warga emas namun seorang lelaki masih aktif melakukan jenayah pecah masuk pejabat di sekitar Lembah Klang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan suspek berusia 61 tahun itu yang diberkas polis kelmarin, sudah terbabit dalam lapan kes jenayah dilakukan secara solo.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik pendawaian kamera litar tertutup (CCTV) sebuah syarikat di Lembah Klang menyasarkan aktiviti jenayah di premis yang pernah mendapatkan perkhidmatannya.

“Suspek mengambil masa satu hingga dua bulan untuk meninjau keadaan premis pejabat sebelum melakukan aktiviti pecah masuk pada waktu pagi iaitu pada hari cuti umum dan hujung minggu.


“Siasatan mendapati lelaki terbabit melakukan aktiviti jenayah sejak awal tahun ini membabitkan kes di daerah Serdang, Petaling Jaya, Brickfields, Sentul dan Shah Alam,” katanya tadi.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan pernah menjalani hukuman penjara kerana memiliki barang curi.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori