• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terima Semua Nama Calon, Buat Saringan Keselamatan

oleh Mohd Arshad
14/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Terima Semua Nama Calon, Buat Saringan Keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Semua Badan Perhubungan UMNO negeri sudah menyerahkan nama calon masing-masing kepada UMNO di peringkat Pusat untuk dipertimbang dan disaring terlebih dahulu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, saringan itu merupakan proses pertama sebelum ia dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti dalam memastikan calon yang bertanding dapat membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Semua bahagian sudah beri senarai calon, kami kena bersiap awal. Ini baru pusingan pertama, kita buka dan ambil maklum bahawa bahagian-bahagian telah menghantar calon dan Pengerusi Badan Perhubungan (Negeri) membentangkan, kami ambil maklum dan semak saringan keselamatan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai nama calon yang dihantar, Mohamad berkata, tidak semestinya individu di dalam senarai nama yang telah dihantar berkenaan sahaja yang akan dinilai.

“Bagi parti kami supaya kemenangan itu keutamaan kita. Jika seseorang calon itu boleh memberikan kemenangan, kami kan bagi dia… he or she akan bertanding mewakili parti kita.

“Ada yang memegang jawatan dan tidak semestinya semua mesti memegang jawatan, ada juga merek dari luar tidak memegang jawatan pun boleh diberikan pertimbangan. Calon sebenar nanti setelah kami buat saringan,” katanya.

Menurut Mohamad lagi, UMNO juga mengutamakan strategi meletakkan calon di tempat-tempat tertentu terutamanya membabitkan pertemuan dengan calon heavyweight.

Dalam pada itu, beliau berpendapat terpulang kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan dua tarikh penting iaitu hari penamaan calon dan hari pengundian.

“Kalau boleh tidak perlu lama-lama sangat untuk elakkan musim hujan, Elok diselesaikan segera,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasannama calonPRU-15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd