Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lima Maut Dalam Protes...

KATHMANDU - Rusuhan antikerajaan mengorbankan lima orang termasuk seorang pegawai polis di Jaleshwar...

Tentera Russia Bersedia Mara...

KYIV: Serangan Russia membedil sasaran orang awam di bandar Dnipro di tengah Ukraine,...

Kabinet Baharu Diminta Bekerja...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kabinet baharu...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini dengan tanpa...

Terima Kasih Warga HASiL

Ternyata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASilL) bukan ‘sembang kencang’ mampu untuk mencapai sasaran kutipan cukai seperti disasarkan kerajaan bagi tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seingat penulis sekurang-kurangnya dua kali Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi menyatakan keyakinan tersebut masing-masing pada Mac dan September lalu.

Ketika itu tidak kurang juga yang berasa sangsi HASiL mampu melakukannya kerana ekonomi negara baru memasuki fasa peralihan ke endemik selepas terjejas teruk akibat pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL baru-baru ini namun membayangkan sudah hampir pasti agensi kutipan cukai negara tersebut mencapai sasaran hasil cukai RM139 bilion bagi tahun ini.

Ia berdasarkan unjuran suku keempat bakal meneruskan kutipan hasil cukai yang baik seperti direkodkan pada sembilan bulan pertama 2022 untuk kembali kepada paras sebelum pandemik Covid-19.

Perkembangan itu sekali gus membuktikan HASiL dalam landasan tepat mencapai sasaran RM139 bilion hasil cukai dan ini sudah tentu tidak mampu tercapai tanpa dedikasi para pimpinan dan kakitangannya.

Kejayaan ini seharusnya dihargai oleh semua pihak kerana tanpa keupayaan HASiL mengutip cukai yang signifikan sebagai sumber pendapatan negara pasti Malaysia berdepan kesukaran bangkit daripada kesan pandemik.


Malah bagaimana kerajaan mampu memberi pelbagai bantuan sedia ada kepada rakyat tanpa dana yang mencukupi? Bagaimana kerajaan dapat membangunkan negara jika hasil pendapatannya tidak memadai?

Harus ingat segala nikmat penjagaan keselamatan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya yang sedang kita peroleh sebagai rakyat Malaysia pada hari ini sebahagian besar daripada hasil cukai.

Keupayaan HASiL mencapai sasaran kutipan sehingga RM139 bilion juga amat “essential” sebagai persiapan negara berdepan kemungkinan kemelesetan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan.

Justeru, Ayuh Malaysia kita lontarkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga HASiL di atas kesungguhan dan kegigihan mereka dalam menghasilkan pendapatan buat negara.

Jasa mereka kepada negara mungkin tidak kelihatan secara nyata seperti pasukan keselamatan dan lain-lain, tetapi HASiL adalah tiang utama kepada segala jasa yang kita saksikan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori