Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Kemalangan Sadis, Wanita...

LAGI kes kemalangan melibatkan lori treler.Seorang wanita berusia 40-an berhadapan saat getir dalam...

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’...

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau...

Tular Rakaman CCTV Pekerja...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu...

Lepas Empat Bulan Hisap...

UMUM mengetahui rokok elektronik atau vape merupakan alternatif kepada gantian rokok, apatah lagi ramai...

Suami Isteri Maut Semasa Hantar Anak, Cucu Pulang Kedah

JELI : Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora semasa dalam perjalanan menghantar anak dan cucu mereka pulang ke Kedah di Batu 9, Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Muhammad Mat Yusoff, 60, dan Ruhani Mohamed, 54, yang menaiki kereta Proton Wira, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Anak perempuan kepada pasangan itu berusia 23 tahun serta cucu mereka berusia enam bulan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Ahmad Ariffin berkata, siasatan awal mendapati, Muhammad memandu kereta tersebut dan sedang dalam perjalanan ke Baling, Kedah untuk menghantar anak perempuan berusia 23 tahun serta cucunya yang berusia enam bulan.


Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh Proton Exora dinaiki empat individu berusia sembilan tahun hingga 43 tahun.

“Nahas tersebut menyebabkan Muhammad dan isteri maut di lokasi kejadian manakala anak bersama cucunya cedera di bahagian kepala.

“Pemandu Proton Exora yang berusia 43 tahun dan kanak-kanak berusia 11 tahun tidak cedera, namun dua penumpang kenderaan itu mengalami patah tangan kiri dan luka pada mulut,” katanya semalam.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori