• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Parti Boleh Keluarkan Pandangan Bantah PRU15: Ahmad Faizal

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Setiap Parti Boleh Keluarkan Pandangan Bantah PRU15: Ahmad Faizal
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiap parti politik berhak menyatakan pandangan mengenai apa jua perkara termasuk membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Merujuk laporan 12 ahli Kabinet dari Bersatu dan Pas tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir dan telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian, beliau berkata: “Ini adalah negara demokrasi…kami fikir kami perlu persembahkan hasrat (bantah PRU15) kepada Yang di-Pertuan Agong.”

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini mengesahkan surat berkenaan ditandatangani semua menteri Perikatan Nasional (PN), manakala Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata surat bertarikh 3 Okt itu sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tindakan 12 menteri PN mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong membantah PRU15 diadakan tahun ini sebagai tidak wajar.

Ditemui media selepas majlis pelancaran Hari Sukan Negara Tahun 2022 (HSN2022) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata masing-masing termasuk Ahmad Maslan boleh mengeluarkan pandangan.

-Sinar Harian

Tags: partiPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd