• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Pejuang Palestin Maut, Seorang Doktor Parah Ditembak Israel

oleh Mohd Arshad
14/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Seorang Pejuang Palestin Maut, Seorang Doktor Parah Ditembak Israel
Share on FacebookShare on Twitter

JENIN: Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin ketika serbuan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat hari ini, sekali gus menjadi pertempuran berdarah terbaru di kawasan berkenaan sejak 2015.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, pertempuran bersenjata antara tentera Israel dan pejuang Palestin tercetus ketika serbuan dilakukan di kem terbabit.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, dalam kejadian itu, enam orang cedera termasuk seorang doktor di sebuah hospital kerajaan yang parah selepas terkena tembakan di kepala.

Gambar kejadian turut memaparkan asap keluar dari kem berkenaan selepas kumpulan pejuang didakwa meletupkan bahan letupan.

Kumpulan pejuang Briged Al-Quds mendakwa lelaki yang terbunuh dalam kejadian itu adalah seorang komander di lapangan, Matin Dababa.

Tentera Israel berkata, operasi yang dilakukan pihaknya adalah untuk menahan pejuang Hamas yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap pasukan keselamatan Israel.

Tambahnya, Diaa Muhammad Yusef Salama, 24, lengkap bersejata senapang M-16 ketika ditahan pasukan keselamatan Israel bersama dua individu lain.

Tentera itu berkata, pihaknya melepaskan tembakan ke arah suspek yang bersenjata selain sudah memberi amaran kepada penghuni kem berkenaan.

Seorang saksi memberitahu, pertempuran berlaku di luar perkarangan sebuah hospital. Seorang doktor terkena tembakan di kepalanya ketika keluar dari bangunan terbabit untuk merawat seorang lelaki yang cedera.

Dua anggota paramedik turut cedera selepas terperangkap dalam pertempuran itu.

Rakaman video menunjukkan sebuah ambulans terperangkap di laluan sempit kem berkenaan sebelum bunyi tembakan kedengaran dan pasukan tentera Israel memasuki kawasan terbabit untuk menahan Salama.

Sementara itu, pegawai kesihatan memberitahu, seorang doktor yang parah dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Pengarah Hospital Jenin, Wissam Baker.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, menyalahkan Israel dan menuduh mereka sebagai sudah melampaui batas.

Katanya, Pihak Berkuasa Palestin tidak akan membenarkan keganasan itu berterusan.

BHonline-

Tags: IsraelmautPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd