• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: PN Tanding Tiga Perempat Kerusi Parlimen

oleh Mohd Arshad
28/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: PN Tanding Tiga Perempat Kerusi Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH : Perikatan Nasional (PN) akan bertanding sekurang-kurangnya tiga perempat daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiga-tiga parti komponen dalam PN sudah selesai melakukan rundingan pembahagian kerusi dan akan mengumumkan calonnya pada 2 atau 3 November nanti.

“Senarai calon yang telah dikemukakan parti komponen ketika ini sedang ditapis Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya yakin proses tapisan akan selesai dalam beberapa hari akan datang dan kemungkinan besar kita akan membuat pengumuman pada 2 atau 3 November ini.

“Perkara itu akan memberi masa kepada calon untuk membuat persediaan menjelang hari penamaan calon.

“PN telah memutuskan bahawa walaupun terdapat 222 kerusi Parlimen, kita tidak akan bertanding di semua kerusi berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya tiga perempat daripadanya.

“Perincian lanjut mengenai perkara berkenaan akan diumumkan kemudian. Pada masa ini, PN sedang memuktamadkan kerusi yang kita mempunyai peluang lebih baik untuk menang,” katanya ketika sidang media selepas Program Bertemu Masyarakat Setempat di Kedai Kopi di Bukit Kepong di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, PN juga akan melancarkan manifesto mereka pada awal bulan depan, selepas hari penamaan calon untuk PRU-15.

“Ini penting kerana kami mahu orang ramai mengetahui tawaran yang kami ada untuk mereka dan komitmen PN dalam melaksanakan dan menambah baik inisiatif yang telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023.

“Malahan kita meneliti perkara itu (Bajet 2023) dan menambah baik jika ada keperluan kita akan lakukan. Kita akan utamakan kepentingan rakyat dan antara langkah penting adalah bagaimana nak membantu golongan-golongan rentan yang terkesan akibat COVDD-19,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kerusi parlimenPNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd