• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: PH Umum Calon Penuh Khamis Depan

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: PH Umum Calon Penuh Khamis Depan
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk calon Perdana Menteri pada 20 Oktober nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, perkara itu akan diumumkan sewaktu Konvensyen PH yang akan diadakan di Perak, tahun ini.

Katanya, pada konvensyen itu juga, gabungan tersebut juga akan mengumumkan senarai calon termasuk di Sabah dan Sarawak serta tema dan lagu yang akan digunakan sepanjang kempen PRU15 kali ini.

“Bagi parti Amanah sendiri, satu mesyuarat peringkat nasional akan diadakan pada Isnin ini bagi memutuskan senarai calon yang akan mewakili parti tersebut untuk merebut kerusi PRU15.

“Satu mesyuarat peringkat pusat akan diadakan bagi memuktamadkan senarai kerusi dan calon yang bakal mewakili parti tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai menyampaikan ceramah Bicara Politik Semasa PH di Beseri, dekat sini malam semalam.

Katanya, pimpinan Amanah peringkat nasional akan mengumumkan calon mereka pada sidang akhbar yang akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Tambah Mujahid, Amanah pada awalnya menyasarkan untuk bertanding 30 hingga 40 kerusi Parlimen, namun ia bergantung kepada keputusan perbincangan komponen PH.

Katanya, PH akan bertanding dalam semua kerusi yang ditinggalkan Bersatu dan pengagihan kerusi antara parti komponen gabungan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Nasional, Wan Kharizal memaklumkan Amanah di peringkat negeri menunjukkan perkembangan positif dan memberangsangkan selain ada pertambahan kerusi pada PRU15 berbanding sebelum ini.

Katanya, Amanah Perlis menyasarkan bertanding antara lima hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terdapat kerusi Parlimen akan direbut pada PRU15 ini melibatkan ramai muka baharu.

-Kosmo Online

Tags: CalonPHPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

23/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pihaknya menggunakan semula bendera terpakai untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pelaksanaan kuasa pengampunan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd