• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Jelajah Pemuda BN Bermula Selasa Depan

oleh AK-47
20/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Jelajah Pemuda BN Bermula Selasa Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda BN akan menjelajah ke semua negeri melalui program Jelajah Pemuda BN bermula Selasa depan bagi menjelaskan polisi dan dasar BN berkaitan kestabilan serta kemakmuran rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jelajah itu akan melibatkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin muda BN untuk menyuarakan aspirasi anak muda serta aspirasi Malaysia yang anak muda inginkan.
“Kita ada rekod prestasi untuk memastikan kestabilan dapat dicapai, kita ada rekod baik dari segi memastikan kemakmuran rakyat itu dapat kita pertahankan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda BN pada Khamis.

Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat itu turut memutuskan supaya Pemuda BN di Semenanjung Malaysia menggerakkan semua jentera mereka di peringkat akar umbi secara bersama melibatkan UMNO, MCA dan MIC untuk berada di barisan hadapan bagi berdepan kemungkinan bencana banjir.

“Kita sudahpun bersetuju untuk memastikan jentera Pemuda Barisan Nasional mesti difokuskan bukan sekadar untuk berkempen tetapi untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan Pemuda BN di semua 191 Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon-calon BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Ditanya mengenai agihan kerusi sebagai calon melibatkan Pemuda BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Asyraf Wajdi berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu, namun senarai calon telahpun diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-Sinar Harian

Tags: BNJelajah Pemuda BNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd