• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Zahidi Mahu Pertahan Kerusi Padang Besar

oleh AK-47
31/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Zahidi Mahu Pertahan Kerusi Padang Besar
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhasrat mahu mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Zahidi berkata, beliau mahu meneruskan agendanya iaitu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat di kawasan berkenaan.

“Jika diberi peluang, saya mahu mempertahankan kerusi saya pada PRU-15 ini, “katanya.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pengundi di Padang Besar juga sudah menyatakan hasrat mereka untuk mengekalkannya di parlimen berkenaan.

Terdahulu, beberapa pihak menggesa Barisan Nasional mengekalkan calon boleh menang antaranya seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar menguasai Parlimen berkenaan sejak dua penggal lalu iaitu pada PRU 2013 dan 2018. Sebelum itu, pada pilihan raya 1999 dan 2004, Zahidi menang di Dun Beseri.

Pada PRU yang lalu, Zahidi menang menewaskan calon Pakatan Harapan yang diwakili Pas, Izizam Ibrahim dengan majoriti 1,438 undi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengesahkan mengemukakan sekurang-kurangnya lima calon bagi setiap kerusi Parlimen dan Dun untuk menjalani saringan sebelum dipilih sebagai calon PRU-15 di negeri ini.

-Harian Metro

Tags: Kerusi Padang BesarPRU-15zahidi zainul abidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd