Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KFA Nafi Baddrol Bakhtiar...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan berita yang mengatakan penyerang...

Warga Emas Rugi RM697,000...

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang juga jurujual kenderaan mendakwa kerugian RM697,000 akibat...

BN Perak Tak Campuri...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak tidak mahu mencampuri tindakan Majlis Syura Ulama...

BN Sabah Akan Bekerjasama...

Timbalan Pengerusi BN Sabah, Yakub Khan mengesahkan terdapat rundingan antara BN Sabah dan...

PRU-15: PKR Umum Nama Calon Profil Tinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh pelbagai latar belakang dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengumuman itu yang akan dibuat bersama Timbalan Presiden, Rafizi Ramli akan dibuat menerusi satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, petang ini.

Media sebelum ini melaporkan Anwar, berkata anaknya, Nurul Izzah berkemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.

Mengulas spekulasi bahawa Naib Presiden PKR itu akan berpindah bertanding di Parlimen Ampang dan kerusi Permatang Pauh disandangnya bakal ditandingi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Anwar dalam nada berseloroh, berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan.

Berbaki 10 hari lagi sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), parti-parti politik kini mengejar masa mengatur senarai calon masing-masing sebelum memuktamadkan calon terbaik untuk mendapatkan mandat rakyat.

Proses saringan ketat ditetapkan seperti melihat rekod kebankrapan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia, selain semakan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes berkaitan rasuah, jenayah dan trafik.


Bagi Barisan Nasional (BN), proses saringan akhir sedang dilakukan selepas menerima senarai calon dari 191 bahagian dan kawasan pilihan raya sejak dua minggu lalu sebelum calon akhir dimuktamadkan ibu pejabat.

BN dijangka membuat pengumuman rasmi barisan calon mewakili tiga parti terasnya, UMNO, MCA dan MIC pada minggu depan, yang dijangka dibuat di setiap negeri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan akan memuktamadkan senarai calon gabungan itu, selewat-lewatnya tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon pada 5 November.

Bagi Pakatan Harapan (PH), sebahagian kecil calon mereka sudah diumumkan, dengan PKR dijadual membuat pengumuman senarai lengkap pada satu majlis di Ampang, Selangor, Jumaat ini.

Nama-nama besar seperti Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diumumkan bertanding di Parlimen Tambun, manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula di Parlimen Port Dickson, kerusi yang ditinggalkan Anwar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori