• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Ada Penyandang Tak Pertahan Kerusi Kerana Kesihatan, Usia

oleh AK-47
28/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Ada Penyandang Tak Pertahan Kerusi Kerana Kesihatan, Usia
Share on FacebookShare on Twitter
Kuala Kangsar : Ada beberapa penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN) di Perak menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tempat mereka akan digantikan dengan muka baharu yang telah dikenal pasti menerusi nama-nama calon yang dihantar oleh setiap bahagian.
“Ada wakil rakyat atau penyandang kerusi sedia ada telah menyampaikan hasrat mereka untuk tidak mempertahankan kerusi pada PRU-15 atas faktor kesihatan dan juga faktor usia.
“Malah ada juga yang menyatakan sudah sampai masanya mencari pengganti dengan memberi laluan kepada orang lain. Jadi kita hormati kehendak mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Mahasiswa Sejahtera Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dekat sini hari ini.
Menteri Besar Perak itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan jumlah penyandang yang mahu bersara atau digugurkan atas faktor kesihatan.
BN Perak dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRU15 pada 2 Nov dan senarai calon BN Perak berkemungkinan akan diserahkan pimpinan pusat kepada BN negeri Selasa ini.
Ditanya adakah penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Yazid akan dikekalkan dalam PRU-15 nanti, Saarani berkata, semua nama penyandang diangkat ke pucuk pimpinan untuk diputuskan kemudian.
“Kesemua penyandang, nama mereka ada namun semua itu nanti terserah akhirnya kepada pucuk pimpinan dan ini jelas kerana kita ada pelbagai tapisan yang dilakukan.
“Siapa yang pucuk pimpinan pilih dan berikan watikah nantilah yang akan menjadi calon. Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tentukan, saya sendiri pun belum pasti adakah nama saya akan lepas sebagai calon. Jadi kita tunggu sahajalah,” katanya.
Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 24 kerusi Parlimen.
SPR menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 Nov.
-Harian Metro
Tags: BNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd