• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Jiran

oleh AK-47
10/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Jiran
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah pangsa di Damansara, Petaling Jaya semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Kota Damansara awal pagi tadi susulan laporan yang diterima pada 9.15 malam semalam.

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepenuh masa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Mohamad Fakhrudin, sebelum kejadian mangsa telah menegur suspek kerana mabuk ketika menaiki lif bersama dan setelah keluar dari lif, suspek bersama seorang lelaki terus mengejar mangsa hingga ke hadapan rumahnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu di hadapan rumahnya.

“Polis merampas satu topi keledar, sebatang kayu dan satu pemetik api di tempat kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Suspek direman hingga 14 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571.

-Malaysia Kini

Tags: bunuh jiranpolisTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd