• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Gugur 8 Penyandang MP, Pindahkan 3 Yang Lain

oleh AK-47
29/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PKR Gugur 8 Penyandang MP, Pindahkan 3 Yang Lain
Share on FacebookShare on Twitter

PRU15 | PKR menggugurkan lapan penyandang ahli parlimen daripada senarai calonnya di Semenanjung Malaysia dan menukarkan kerusi tiga lagi penyandang ke kawasan lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapan penyandang berkenaan ialah Natrah Ismail (Sekijang), June Leow (Hulu Selangor), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Tan Yee Kiew (Wangsa Maju), Lee Boon Chye (Gopeng), Chan Ming Kai ( Alor Setar) dan Johari Abdul (Sungai Petani).

Difahamkan, Tan dan Lee, masing-masing berusia 69 dan 63 tahun, telah pun memaklumkan hasrat untuk bersara selepas penggal mereka berakhir.

Empat daripada mereka yang digugurkan – Leow, Chan, Sivarasa dan Johari – gagal merebut jawatan dalam kepimpinan parti ketika pemilihan yang diadakan awal tahun ini.

Johari dan Leow juga tidak memenangi jawatan ketua cabang PKR Sungai Petani dan Hulu Selangor.

dI Sungai Petani, PKR akan meletakkan anak Johari yang merupakan ketua pemuda PKR (AMK) negeri sebagai calon.

Sivarasa pula sebelum ini mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang PKR Sungai Buloh. Bagaimanapun, R Ramanan – naib ketua cabang dipilih sebagai calon parti itu di Sungai Buloh.

Sivarasa ialah penyokong kuat PKR yang telah menyertai parti itu sejak penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 2003.

Bagi Natrah pula, dia tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti di peringkat pusat tetapi tewas pada pemilihan ketua cabang PKR Sekijang.

Natrah hanya mendapat 17 undi manakala pemenang bagi ketua cabang berkenaan, Yoong Thau memperoleh 113 undi.

Chan dan Maria Chin pula tidak menyertai pemilihan parti di peringkat cabang.

Sejak 2008, PKR telah meletakkan Chan sebagai calon di tiga negeri – Perak, Perlis dan Kedah.

Pada 22 Okt, Chan secara terbuka mendedahkan parti itu tidak akan meletakkannya sebagai calon dan akur dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, memandangkan Chan baru-baru ini dilantik sebagai pengarah strategik PKR Kedah, dia kemungkinan akan bertanding di peringkat DUN.

Sebaliknya, Maria Chin pula merupakan bekas aktivis hak wanita dan reformasi pilihan raya yang dilihat tidak mempunyai pengaruh dalam parti.

Sementara itu, tiga penyandang ahli parlimen PKR akan mencuba nasib di kawasan baru. Mereka ialah:

– Anwar Ibrahim: dari Port Dickson ke Tambun

– Dr Wan Azizah Wan Ismail: dari Pandan ke Bandar Tun Razak

– Shamsul Iskandar Md Akin: dari Hang Tuah Jaya ke Bagan Datuk

PKR telah mengumumkan senarai 72 calon parlimen di Semenanjung Malaysia malam tadi.

Senarai itu belum muktamad kerana calon di Parlimen Sungai Siput, Sembrong dan Tapah masih dalam pertimbangan.

Parti itu akan mengumumkan calonnya di Sabah dan Sarawak pada 31 Okt dan 1 Nov.

Sehubungan itu, senarai muktamad penyandang yang telah digugurkan atau dikekalkan tidak dapat dipastikan pada ketika ini.

-Malaysia Kini

Tags: Penyandang MPPKRPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd